Buletin KUASA

Memaparkan berita, isu, artikel dan laporan terkini alam sekitar

Kezaliman terhadap alam sekitar & sosial akibat daripada penjajahan Israel (VIDEO)

Video oleh: Radio Mundo Real  Dengan meningkatnya banyak diskriminasi dan penindasan terhadap wilayah Gaza, Palestin, pada 2013 Friends of the Earth (FoEI) telah mengadakan misi solidariti ke wilayah Palestin yang telah dijajah dan memerhatikan beberapa isu tentang pencabulan hak asasi manusia dan kemusnahan alam sekitar di sana. Keganasan yang berlaku di wilayah tersebut sekali lagi Read more about Kezaliman terhadap alam sekitar & sosial akibat daripada penjajahan Israel (VIDEO)[…]

Kisah Badak Raya yang terakhir di Perak

Diolah daripada maklumat Encik Meor Razak (Sahabat Alam Malaysia – SAM) Satu ketika dulu negeri Perak merupakan negeri yg mempunyai taburan dan habitat Badak Raya. Sebelum itu, secara ringkasnya, Badak Raya atau dalam bahasa Inggerisnya, Javan rhinocerus merupakan salah satu daripada 5 spesis badak sumbu yang ada di dunia. Spesies ini kini amat terancam dengan disenaraikan Read more about Kisah Badak Raya yang terakhir di Perak[…]

Artikel | Hipokrasi ‘pelindung’ alam sekitar

HIPOKRASI ‘PELINDUNG’ ALAM SEKITAR Baru-baru ini, Amerika Syarikat melalui presidennya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari menandatangani Perjanjian Paris. Lantas seluruh dunia mengecam tindakan beliau yang dikatakan mampu menggagalkan usaha melawan perubahan iklim. Perjanjian Paris adalah satu lagi ‘siri’ perjanjian dalam Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) yang berkaitan dengan pengurangan pelepasan Read more about Artikel | Hipokrasi ‘pelindung’ alam sekitar[…]

Kisah Pak Su Cherating yang memulihara Penyu yang patut kita contohi dan ambil pedoman

Ramai yang tidak mengetahui kisah Pak Su ini. Tatkala orang ramai mengutip dan membeli telur penyu di pantai timur untuk tujuan memakannya, beliau berusaha untuk mengutip semula telur-telur penyu ini. Dan sebahagian besar telur tersebut dibelinya semula daripada pengutip telur dengan menggunakan wang beliau sendiri dan sumbangan orang ramai dengan harga RM 2.50/biji dan telur-telur Read more about Kisah Pak Su Cherating yang memulihara Penyu yang patut kita contohi dan ambil pedoman[…]

Keadaan Air Terjun Dakota, Gua Musang Kelantan. Sebelum dan Selepas pembalakan

Baru-baru ini sekumpulan aktivis alam sekitar dari Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA, BUMI Kelantan & pegawai agensi SPRM telah berada di Gua Musang Kelantan utk meninjau aktiviti pembalakan tidak terkawal yang telah berlaku di HS Balah, Pos Gob, Gua Musang. Air terjun Dakota adalah termasuk sebahagian daripada kawasan ini Ada satu perkara yg menarik Read more about Keadaan Air Terjun Dakota, Gua Musang Kelantan. Sebelum dan Selepas pembalakan[…]

Hutan Sarawak dan Sumber Kehidupan Masyarakat Penan Dimusnahkan Untuk Olimpik Tokyo 2020

Pada 3 April 2017, kumpulan penyiasat mendapati bahawa kayu lapis (plywood) tropika yang dibekalkan oleh syarikat pembalakan dari Sarawak, Shin Yang telah diimport secara besar-besaran untuk digunakan sebagai acuan konkrit untuk pembinaan Stadium Olimpik di Tokyo. (1) Pada 27 April 2017, pihak berkuasa Jepun mengesahkan dakwaan ini dan sememangnya sumber bahan binaan tersebut datang dari Read more about Hutan Sarawak dan Sumber Kehidupan Masyarakat Penan Dimusnahkan Untuk Olimpik Tokyo 2020[…]

Dua usul alam sekitar mendapat undi ‘solid’ anak muda di KAMM 2017

Kongres Anak Muda Malaysia (KAMM 2017) yang telah dilangsungkan di Petaling Jaya pada 13-14 Mei yang lalu telah pun melabuhkan tirainya. Sebanyak 13 usul telah diundi dan diterima dan dua (2) usul tentang Alam Sekitar yang dibahaskan oleh wakil KUASA telah mendapat undi yang memberangsangkan daripada anak muda peserta kongres. Berikut adalah keputusannya: 1. USUL Read more about Dua usul alam sekitar mendapat undi ‘solid’ anak muda di KAMM 2017[…]

NGO KUASA saran kurangkan kuasa MB, exco elak hutan & biodiversiti musnah

PETALING JAYA: Sekumpulan NGO hari ini mendesak kerajaan mengurangkan kuasa mutlak dimiliki menteri besar atau exco dalam meluluskan projek melibatkan kawasan hutan dan alam sekitar. Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Hafizuddin Nasarudin yang mewakili kumpulan NGO itu mengemukakan usul berkenaan pada Kongres Anak Muda Malaysia 2017 (KAMM). Katanya, mereka mahu usul itu diluluskan kerana Read more about NGO KUASA saran kurangkan kuasa MB, exco elak hutan & biodiversiti musnah[…]

Gabungan NGO Rakan Segari desak kerajaan Perak selesai 13 isu kerosakan alam sekitar di Segari

LUMUT, 25 APR: Kerajaan negeri Perak digesa supaya menyelesaikan segera 13 isu kerosakan alam sekitar di kawasan persisiran pantai Segari Daerah Manjung yang merupakan kawasan hutan persisir pantai dan pendaratan penyu di negeri itu. Gesaan ini dibuat ekoran kemusnahan alam sekitar melampau yang mengancam ekosistem di kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 tersebut melibatkan banyak Read more about Gabungan NGO Rakan Segari desak kerajaan Perak selesai 13 isu kerosakan alam sekitar di Segari[…]

EPACC: KUASA komited bekerjasama dengan SPRM bagi banteras korupsi & jenayah alam sekitar

EPACC: KUASA komited bekerjasama dengan SPRM bagi banteras korupsi & jenayah alam sekitar Awal minggu ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membentuk pasukan Kokus Perlindungan Alam Sekitar dan Antirasuah (EPACC) bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar alam sekitar bagi membanteras rasuah dah penyalahgunaan kuasa dalam isu alam sekitar. Keputusan ini adalah hasil daripada Read more about EPACC: KUASA komited bekerjasama dengan SPRM bagi banteras korupsi & jenayah alam sekitar[…]

SPRM bentuk EPACC tangani rasuah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membentuk Kokus Perlindungan Alam Sekitar dan Antirasuah (EPACC) bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar alam sekitar bagi membanteras rasuah dah penyalahgunaan kuasa dalam isu alam sekitar. SPRM dalam satu kenyataan berkata, ia hasil perbincangan meja bulat yang diadakan hari ini dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Read more about SPRM bentuk EPACC tangani rasuah[…]

Hari Wanita 2017: Wanita & Alam Sekitar

Hari ini 8 Mac, adalah sambutan bagi Hari Wanita Sedunia. Setiap tahun, hari wanita disambut di seluruh dunia sebagai simbolik memperingati peranan penting kaum wanita dalam membangunkan dunia dan perjuangan mereka mendapatkan hak dan autonomi dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA, sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan Read more about Hari Wanita 2017: Wanita & Alam Sekitar[…]

Empangan ‘beracun’ di Cameron Highlands?

CAMERON HIGHLANDS, 7 MAC: Dari jauh, kehijauan air di Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai Cameron Highlands kelihatan indah mempesona, namun tidak ramai tahu bahawa warna hijau pada permukaan air itu terbentuk akibat pencemaran bahan kimia. Menurut Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) Hafizudin Nasarudin, warna hijau di permukaan air itu dikenali sebagai alga dan merupakan petunjuk wujudnya Read more about Empangan ‘beracun’ di Cameron Highlands?[…]

Artikel | Ladang Hutan: Punca kemusnahan terbesar hutan tropika kita

APA MASALAH HUTAN LADANG (PEMBUKAAN LADANG DI DALAM HUTAN SIMPAN)? Ini antara beberapa hujah asas mengapa aktivis alam sekitar sangat menentang kelulusan pembukaan ladang di dalam Hutan Simpan. Di dalam polisi perhutanan negara, Hutan Ladang, yakni ladang tanaman satu jenis diiktiraf sebagai hutan. Sedangkan ia terang-terangan telah gagal dalam menjalankan fungsi seperti hutan semulajadi. Pembukaan Read more about Artikel | Ladang Hutan: Punca kemusnahan terbesar hutan tropika kita[…]

Artikel | Mengapa penggunaan beg plastik perlu dikawal?

Realitinya, sebelum undang-undang “Tolak Plastik” dilaksanakan, masyarakat harus diberi pendedahan dan kesedaran mengenai kesan penggunaan beg plastik. Penggunaan beg plastik menjadi suatu keperluan dalam kehidupan manusia dan wujud budaya beg plastik dikalangan masyarakat kita. Ini kerana beg plastik mempunyai pelbagai fungsi dan dapat memenuhi keperluan masyarakat. Disamping itu teknologi terkini banyak menghasilkan beg plastik dengan Read more about Artikel | Mengapa penggunaan beg plastik perlu dikawal?[…]

Tidak wajar tangkap 49 pembela hak tanah Orang Asli Gua Musang

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Perjuangan masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang bukanlah baru. Ia bermula sejak lima tahun lalu dan telah menggunakan segala jalan penyelesaian yang ada seperti berunding, bermesyuarat, berdialog dan berhimpun secara aman di pejabat Kerajaan Negeri Kelantan. Apabila ia menemui jalan buntu dan keadaan terlampau kritikal sehingga menyebabkan ada penduduk jatuh Read more about Tidak wajar tangkap 49 pembela hak tanah Orang Asli Gua Musang[…]

Saving Ipoh’s Green Lung | Ipoh Echo

“Green lungs are essential for an expanding city like Ipoh. Should they be destroyed it’d be detrimental to residents. We’d lose the fresh air and shade provided by the trees,” said Sajeeda Mohammad, 48, President of Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA). Residents of Ipoh Garden are against Ipoh City Council’s plan to develop the Read more about Saving Ipoh’s Green Lung | Ipoh Echo[…]

Gabungan NGO desak kerajaan Perak selesai 13 isu kerosakan alam sekitar di Segari

KUANTAN:  Sebanyak 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membentuk satu badan gabungan dalam usaha menjadikannya sebagai platform untuk memperjuang dan menyuarakan isu-isu berkaitan alam sekitar di negara ini. Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata badan gabungan yang dinamakan Gerakan Alam Sekitar Rakyat Malaysia (Gerak) itu turut disertai aktivis alam Read more about Gabungan NGO desak kerajaan Perak selesai 13 isu kerosakan alam sekitar di Segari[…]

Laporan Penuh Isu Penambakan Pantai Warisan Teluk Muroh

LAPORAN PENUH ISU PENAMBAKAN PANTAI WARISAN TELUK MUROH YANG BAKAL MEMBERIKAN IMPAK YANG BESAR KEPADA EKOSISTEM MARIN DAN MENJEJASKAN SUMBER PENDAPATAN NELAYAN TEMPATAN. Pantai Warisan Teluk Muroh merupakan salah satu kawasan penempatan nelayan dan pendaratan bot nelayan yang penting di Daerah Manjung; yang telah wujud semenjak lebih daripada 100 tahun yang lalu. Sehingga hari ini, Read more about Laporan Penuh Isu Penambakan Pantai Warisan Teluk Muroh[…]